Sabtu, 14 September 2013

MEDICAL CARD

Pelan Perlindungan Perubatan 

KENAPA HARUS MEMILIH TAKAFUL ETIQA MEDICAL CARD?

1. Hanya dengan menggunakan Kad Perubatan (Medical Card) untuk kemasukan ke panel hospital

2. Ciri-ciri unik Takaful Ultra Medic Rider

a) Tiada Co-Payment
b) Overall Lifetime Limit sehingga RM1.5 juta sepanjang hayat
c) Annual Limit sehingga RM300,000 setahun
d) Pemeriksaan Pakar (In-Hospital Specialist Visit)
e) Kebaikan Penjagaan untuk Kanak Kanak (Guardian Benefit for Insured Child)dc) Pendapat Kedua tentang Pembedahan (Second Surgical Opinion)
f) Rawatan Kecemasan Pergigian disebabkan Kemalangan (Emergency Accidental Dental Treatment)
g) Rawatan Kecemasan disebabkan Penyakit (Emergency Sickness Treatment)
h) Rawatan Fisioterapi Pesakit Luar Outpatient Physiotherapy Treatment (follow-up where there is a physiotherapist besides another during hospitalization

3. Jaminan memperbaharui sehingga ke umur 88 tahun selagi dalam lingkungan had seumur hidup

4. Memiliki ciri-ciri Perkongsian Keuntungan daripada Konsep Perniagaan Takaful

5. Perlindungan meliputi pra kemasukan dan selepas keluar hospital

6. Pelan Perubatan yang mematuhi undang undang Syariah

7. Kemudahan untuk kemasukan panel hospital

8. Mempunyai pilihan untuk ke panel hospital dan jenis bilik

9. Tiada bayaran untuk kemasukan ke hospital. 100% dibiayai oleh Etiqa Takaful





PERATURAN

Takaful Ultra Medic Rider boleh di gandingkan dengan Polisi Takaful Keluarga yang baru seperti:


i. Etiqa Harmoni
ii. Etiqa Prisma
iii. Etiqa Prisma +


Tempoh menunggu untuk kemasukan ke hospital adalah selama 30 hari dari tarikh kuat kuasa sijil melainkan disebabkan oleh kemalangan

Penyakit-penyakit Khusus yang dinyatakan bermaksud penyakit-penyakit dan komplikasi-komplikasi berikut, berlaku dalam masa 120 hari kepada Peserta:

a) Hypertension, diabetes mellitus dan Penyakit Kardiovaskular
b) Semua tumor, kanser, cyst, nodules, polyps, stones of the urinary system dan sistem billiary
c) Semua penyakit berkaitan telinga, hidung (termasuk sinus) dan tekak
d) Hernias, hemorrhoids, fistulae, hydrocele, varicocele
e) Penyakit Endometriosis termasuk sistem peranakan
f) Penyakit Vertebro-spinal (termasuk disc) dan sakit lutut


Sumbangan dari Takaful Ultra Medic Rider mestilah kurang atau minimum 50% dari jumlah keseluruhan Sumbangan

Kelayakan Penyertaan (pada tarikh lahir akan datang)
Minima : 30 hari
Maksima : 59 tahun
Umur Maksima Dilindungi : 88 years old

Cara Pembayaran
Semua pembayaran mestilah sama dengan Sijil Asas

Contoh: Jika Sijil Asas adalah secara bulanan, maka sama juga dengan Rider.
Tempoh perlindungan mestilah sama dengan Sijil Asas atau minima 5 tahun dari tarikh mula, dan maksima 88 tahun, yang mana terdahulu.

PEMBATALAN
Rider ini akan terbatal secara automatik sekiranya:
a) Sumbangan tidak dijelaskan
b) Polisi paid-up, matang, luput, tidak dibayar atau dibatalkan
c) Peserta meninggal atau hilang upaya kekal
d) Permohonan bertulis daripada peserta untuk membatalkan rider
e) Jika tuntutan melebihi had seumur hidup
f) Penyakit Vertebro-spinal (termasuk disc) dan sakit lutut


PELAN MABRUR

Pelan Mabrur (Takaful Haji dan Umrah) -Terbaru



Pelan Mabrur (Takaful Haji & Umrah)


Sebagai salah satu rukun Islam, adalah menjadi kewajipan ke atas setiap Orang Islam yang mampu mengerjakan Haji, untuk menjadi tetamu Allah sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup. Sebagai satu perhimpunan tahunan terbesar di dunia, Haji adalah simbolik kepada perpaduan umat Islam sebagai penyerahan kepada Tuhan. Ia adalah satu perjalanan yang indah untuk memohon keampunan, sebagai satu bentuk jihad paling mudah dan peluang untuk menebus dosa dan bermula semula dalam keadaan diri yang bersih lagi suci.
Dengan perjalanan yang penting ini, perancangan awal dan terbaik adalah perlu bagi memastikan anda telah bersedia secara mental, spiritual dan paling utama, kewangan. Mulakan perancangan sekarang untuk mencapai destinasi utama anda.
Mabrur ialah pelan Takaful simpanan dan perlindungan komprehensif yang melengkapkan persediaan anda untuk menunaikan ibadah Haji dan Umrah. Etiqa menyediakan One Stop Center untuk anda merancang perjalanan Haji dan Umrah yang lebih baik. Kami akan membantu proses pembukaan akaun Tabung Haji tanpa bayaran dan pendaftaran Haji anda setelah Bayaran Tunai tetap pertama dibayar.
Pelan ini disertakan Bayaran Tunai tetap yang dibayar pada akhir tahun ke-3 sijil dan setiap tahun yang berikutnya dengan Bayaran Tunai tetap sebanyak 10% akan dibayar pada akhir tahun ke-3 sijil. Bayaran Tunai tetap ini akan dikumpulkan di dalam akaun Tabung Haji sebagai simpanan untuk memenuhi keperluan spiritual dan pelan-pelan lain anda dan yang tersayang. Pelan ini menyediakan perlindungan komprehensif untuk kedua-duanya, Peserta dan Orang Dilindungi, malah anda mempunyai fleksibiliti untuk memilih tempoh perlindungan dari 20 sehingga 30 tahun.
Nikmati Bayaran Tunai tetap sehingga 10% daripada Jumlah Asas Dilindungi. Bayaran Tunai pertama akan dibayar pada akhir tahun ke-3 sijil dan setiap tahun berikutnya:
Tahun 3 = 10%.
Tahun 4 – 14 = 3%
Tahun 15 – 24 = 4%
Tahun 25 – 30 = 5%
Tambahan menjelang tempoh matang  = 10%
Jumlah Keseluruhan Bayaran Tunai =123%
 
Semua Bayaran Tunai tetap akan secara automatik dikreditkan ke dalam akaun Tabung Haji Orang Dilindungi untuk menabung bagi tujuan menunaikan Haji atau Umrah dan pelan masa depan yang lain. Apabila mencapai tempoh matang, Bayaran Tunai tetap tambahan sebanyak 10% daripada Jumlah Asas Dilindungi akan dibayar kepada Orang Dilindungi.
Manfaat Matang
Pada akhir tempoh Takaful, nilai terkumpul dalam Dana Pelaburan Peserta (DPP), jika ada, termasuk keuntungan daripada pelaburan dana tersebut , dan lebihan Dana Risiko Peserta (DRP), jika ada, yang telah diperuntukkan akan dibayar kepada Peserta
Manfaat Kematian
Jika Orang Dilindungi meninggal dunia akibat kemalangan atau sebab semula jadi, amaun Jumlah Dilindungi, Perbelanjaan Pengebumian sebanyak RM1,000 berserta nilai terkumpul dalam DPP, termasuk sebarang keuntungan DPP dari pelaburannya dan DRP, jika ada, akan dibayar.
Indemniti Berganda ke atas Kematian akibat Kemalangan
Kami menyediakan tambahan 100% daripada Jumlah Dilindungi yang dibayar jika Orang Dilindungi meninggal dunia sebelum umur 70, disebabkan kemalangan yang berlaku semasa mengerjakan Haji atau Umrah di Makkah atau Madinah.
Manfaat Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal (HUMK)
Jika Orang Dilindungi mengalami HUMK sebelum umur 65 pada hari lahir berikutnya, amaun Jumlah Dilindungi ditambah semua nilai terkumpul di dalam DPP, termasuk sebarang keuntungannya (jika ada) akan dibayar. Jika agregat Jumlah Dilindungi (bagi setiap Orang Dilindungi) ialah sehingga RM1 juta, ia akan dibayar secara sekaligus. Jika Jumlah DIlindungi melebihi RM1 juta, baki Jumlah Dilindungi akan dibayar satu (1) tahun selepas bayaran pertama dibuat, tertakluk kepada terma dan syarat-syarat yang dinyatakan di dalam Sijil Takaful.
Manfaat Badal Haji
Jika berlaku perkara yang tidak diingini iaitu kematian atau HUMK sebelum sempat menunaikan Haji, kami akan memastikan kewajipan Haji Orang Dilindungi disempurnakan dengan membayar RM3,000 kepada Peserta atau Penama untuk menunaikan Badal Haji bagi pihak anda. Manfaat ini akan ditunaikan jika Elaun Haji tidak dituntut dan Orang Dilindungi mesti berumur 16 tahun ke atas. Untuk HUMK, Orang Dilindungi tidak melebihi umur 65 tahun.
Elaun Haji dan Umrah*
Elaun sebanyak RM1,000 akan dibayar bagi mengerjakan Haji dan Umrah. Jika Orang Dilindungi mengerjakan Haji dan Umrah pada masa yang sama, hanya elaun Haji akan dibayar. Manfaat Haji dan Umrah tidak boleh dituntut dalam tahun sijil yang sama dan dengan syarat jarak 12 bulan dan tarikh tuntutan terakhir dibuat.
Manfaat Ihsar*
Apabila Orang Dilindungi dalam keadaan berihram dan terhalang dari menunaikan Haji atau Umrah akibat keadaan kesihatan, Manfaat Ihsar sehingga RM1,000 sepanjang tempoh perlindungan akan dibayar untuk pembayaran balik kos penyembelihan haiwan.
Elaun Penjagaan Anak*
Apabila menunaikan Haji, Orang Dilindungi akan menikmati ketenangan minda apabila anak-anaknya terjaga. Elaun Penjagaan Anak sebanyak RM1,000 akan dibayar. Umur anak mestilah tidak melebihi 18 tahun.
* Sijil hendaklah berkuatkuasa sekurang-kurangnya 5 tahun dan semua sumbangan telah dibayar
Manfaat tambahan (pilihan) pelan ini:
1. Kad Perubatan
7. Elaun Wad
8. Perlunasan Sumbangan
9. Tambah-nilai Sumbangan (jika anda ingin menambah nilai tabung simpanan anda)

PELAN INTELEK

SIMPANAN PENDIDIKAN ANAK

TAKAFUL SIMPANAN PENDIDIKAN ANAK
TAKAFUL INTELEK (PELAN SIMPANAN PENDIDIKAN ANAK BERSERTA PERLINDUNGAN)


Pelan Pendidikan Untuk Anak - Anak Anda

Menjanjikan Masa Hadapan yang Lebih Cerah untuk Anak - Anak Anda.

Anak-anak adalah lambang kebanggaan dan kebahagian anda. Sebagai ibu bapa
yang bertanggungjawab, anda sedia maklum bahawa pendidikan amat penting untuk berjaya dan anda mula menyimpan demi masa hadapam mereka. Namun begitu, simpanan anda mungkin tidak cukup.

Kos pendidikan kini meningkat secara mendadak. Dalam masa 10 tahun, kos pengajian peringkat universiti
selama 4 tahun boleh mencecah sehingga RM 72,000.00 di Malaysia.*, RM 250,000.00 di Australia
mahupun RM 400,000.00 di UK*. Sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini, anak-anak anda mungkin
tidak berpeluang mendapat pendidikan sepertimana yang diinginkan.
Oleh itu, adalah amat penting untuk kita merancang masa hadapan mereka sekarang.

Maka dengan ini, satu produk hebat dari eTiQa Takaful khas untuk anda dan masa hadapan anak anda... INTELEK pasti membuat anda merasa selamat..

p/s : Bersusah sedikit untuk anak - anak kerana mereka yang akan membuat
kita senyum nanti.



...panas yang disangka hingga ke petang, rupa-rupanya hujan di tengah hari...fikirkan masa depan anak-anak anda, untuk melanjutkan pelajaran, banyak perbelanjaannya...
fikirkan jika mereka hilang tempat bergantung...adakah mereka patut berhenti belajar???
ETIKA TAKAFUL INTELEK datang untuk menyelesaikan kebimbangan anda....


Utusan Malaysia 13 Julai 2005
Pelajar Melayu 120,000 tercicir ke IPTA
"....kerana tiada perancangan
tabungan pendidikan...."


Pengenalan

Merupakan Pelan Takaful Keluarga yang menyediakan tabung pendidikan anak - anak kita beserta perlindungan yang konprehensif untuk jangkamasa pertengahan dan panjang. Pelan ini ditawarkan kepada anak yang berumur 14 hari hingga 15 tahun.

Peserta yang menyertai pelan ini akan mendapat manfaat apabila peserta berumur 13 tahun hingga 25 tahun mengikut tempoh kontrak yang dipilih. Pelan ini juga menawarkan pelbagai manfaat yang menarik untuk menjamin masa depan pendidikan anak anda sekiranya berlaku perkara perkara yang tidak diingini.

Manfaat Asas

* Produk ini menyediakan perlindungan disamping pengumpul dana simpanan tunai untuk anak-anak anda ketika mana memerlukan sumber kewangan bagi pembelanjaran mereka kelak.

* Jumlah pampasan akan dibayar sekaligus sekiranya..

1. Berlaku kematian oleh faktor semulajadi.
2. Berlaku kematian akibat kemalangan
3. Hilang upaya kekal menyeluruh.

* Pampasan = Jumlah perlindungan, DPP dan manfaat pemkebumian RM 1000 sekiranya berlaku kematian.

Ciri ciri pelan

Ketika kontrak matang, kesemua jumlah Dana Pelaburan Peserta dan lebihan Dana Risiko Peserta beserta mudharabah akan dibayar

Pelan ini menbolehkan anda mengeluarkan pendahuluan sehingga 80% daripada jumlah simpanan di dalam akaun anda bagi menampung pembelanjaan kecemasan.
Sekiranya berlaku kematian atau keilatan kekal dan menyeluruh, keseluruhan jumlah perlindungan dan jumlah akaun peserta akan dibayar
Terdapat peruntukan bukan luhcut hak melalui sumbangan automatik
Tiada lien Juvana


Peraturan pengunderaitan

Had umur layak menyertai
14 hari hingga 15 tahun

Tempoh yang ditawarkan
10 tahun hingga 25 tahun

Umur matang
Sehingga 25 tahun ( pilihan )

Jumlah perlindungan keseluruhan untuk Juvana terhad sehingga RM250,000.00 sahaja ( Pelan asas + Rider bertempoh )

Pembayaran manfaat

1. Manfaat matang

Jumlah Dana Pelaburan Peserta terkumpul + Mudharabah Dana Risiko Peserta terkumpul + Lebihan dari Dana Risiko Peserta



2. Anugerah intelek:

Jika anak anak kita memperolehi keputusan yang cemerlang didalam peperiksaan berikut. Etiqa Takaful Berhad akan mengurniakan

Peringkat Kelulusan Anugerah

UPSR 5A RM500

PMR 8A RM750

SPM 8A RM1000

STPM 5A RM1000

Kelebihan pelan ini kepada Manfaat pembayar

Skop perlindungan

Sekiranya pembayar meninggal dunia atau mengalami keilatan kekal dan menyeluruh. Sumbangan bulanan akan dilunaskan sehingga sijil matang atau sehingga umur anak mencapai 22 tahun ( mengikut tenpoh kontrak ).

Manfaat Pendapatan Keluarga

Skop perlindungan

a) Membayar pendapatan tahunan untuk keluarga sekiranya pembayar meninggal dunia atau mengalami keilatan kekal dan menyeluruh.
b) Jumlah perlindungan ( tuntutan ) akan dibayar secara setara ( sama rata ) bagi baki tempoh kontrak tersebut.


Tambahkan Nilai Pelan Anda

Sekiranya anda ingin menambah nilai Harmoni dengan lebih perlindungan dan kelonggaran,
hanya pilih antara Rider (manfaat tambahan) berikut :-

1. Rider Manfaat Kematian dan kecacatan Akibat Kemalangan.
2. Rider Penyakit Kritikal
3. Rider Pengecualian Sumbangan untuk Penyakit Kritikal.
4. Rider Pendecualian Sumbangan untuk Kematian dan Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal.
5. Rider Manfaat Tunai Hospital.
6. Rider Medical Card
7. Rider Manfaat Pendapatan Keluarga.
8. Rider Bertempoh.
9. Rider Tambah Nilai Tetap.


Kaedah Pembayaran seperti berikut :

* Bulanan, Suku Tahunan, Setengah Tahunan atau Tahunan.

Siapa yang boleh menyertai:

a)Terbuka kepada kanak kanak yang berusia 14 hari hingga 15 tahun
b) Sumbangan minima RM70.00 sebulan.

Apakah Hadiah Paling Berharga Untuk Anak - Anak Kita...?
Jawapannya adalah :

PENDIDIKAN, PENDIDIKAN & PENDIDIKAN


DILEMA IBUBAPA : Kos Pendidikan IPT anak

Sudahkah anda merancang dana pendidikan IPT anak ? Sebagai ibu bapa anda PASTI mahukan anak – anak
menjejakkan kaki ke Universiti. Betul ? Tetapi keadaan sosio ekonomi pada hari ini, memerlukan ibu bapa
meyediakan satu DANA yang besar bagi menanggung anak – anak semasa belajar di Universiti kelak.


Sumber Kewangan : PTPTN atau dana Persendirian ?

Berapa gaji anda dan isteri pada hari ini ? RM 5000 ? Jika gaji ibu bapa melebihi RM 5000. anda hanya layak
memohon RM 500 dari PTPTN bagi setiap anak di Universiti!!! RM 500 langsung tidak cukup untuk membayar Yuran Universiti Awam!!!

Bagaimana jika gaji anda bawah RM 5000.

Ya mungkin anda layak memohon ¾ atau separuh dari kos pengajian keseuruhan. Selebihnya, anda terpaksa menanggung dengan gaji anda sendiri.!!! Tahun 2009, sebanyak 400 000 calon layak memohon melanjutkan pelajaran ke Universiti dan Kolej, dan dari jumlah ini, PTPTN hanya menyediakan 250 000 tempat bagi calon yang layak!!! Adakah anak anda cukup bertuah bagi mendapatkan dana PTPTN ??? Ini kisah hari ini…..

Bagaimana dengan 15 tahun dari sekarang ???
Masih wujudkah PTPTN atau syarat permohonan semakin ketat…?
Bagaimana dengan faedah yang dikenakan?

Persoalannya sekarang, kemudahan pinjaman kewangan pada masa hadapan, masih kabur dan tiada jaminan!!!
Inilah masanya bagi anda menyediakan dana pendidikan IPT anak dari sekarang…

Anda adalah ibubapa yang bertanggungjawab kerana telah mula menyimpan bagi pendidikan IPT anak anda.
Panas yang disangkakan sampai ke petang, rupanya hujan di tengahari.

Ada 2 perkara yang mungkin boleh menjejaskan simpanan anak anda :

1. Anak anda mengidap penyakit biasa / kritikal yang memerlukan rawatan dengan kos yang tinggi
2. anda sebagai ibubapa, meninggal dunia / hilang upaya bekerja / mengidap penyakit kritkal!!

Sebagai Ibu Bapa, buatlah persediaan dari sekarang..
Etiqa Intelek menjamin pendidikan Anak Anda.


Alkisahnya
.............Renungkan...........

Adakah anda sudah membaca tulisan Dr. Rusly Abdullah, mengenai dengan komen beliau bahawa majoriti kaum bukan melayu menyediakan satu bentuk perancangan kewangan untuk keperluan pengajian anak-anak mereka berbanding orang melayu yang lebih mengharapkan pinjaman PTPTN.

Saya bukan nak menghina orang melayu, saya sendiri pun melayu juga tetapi hanya untuk memberi kesedaran bahawa bangsa kita bangsa melayu tidak ketinggalan.

Marilah kita sama-sama muhasabah diri dan jika anda masih belum menyediakan sesuatu bentuk perancangan kewangan untuk keperluan pembelajaran anak-anak, bertindak bijaklah sekarang selepas mengambil sedikit tip daripada topik ini.

Kebanyakkan dari kita selalunya lebih sibuk membuat persiapan menerima kelahiran baru, dari pusat bersalinnya, tempat tidur, perkakas bayi dan segala macam lagi, bagus tindakan itu.. Tetapi kita terlupa mengenai keperluan pembelajarannya kelak.

Apa yang anda fikir ‘tak pa lama lagi nak masuk U betul tak? Maka anda tidak fikir untuk melabur atau menabung keperluan ini. Inilah yang menjadi kesilapan kita. Mengapa mahu tunggu usia anak 18 tahun atau habis SPM baru nak merancang kewangan anak masuk kolej? Dalam isitilah perancangan kewangan, keperluan kewangan adalah keperluan jangkamasa yang panjang.


Untuk itu, saya cadangkan pada anda melabur dari awal.

Satu contoh kisah yang benar berlaku...

Satu keluarga pasangan suami-isteri kedua-duanya adalah kakitangan kerajaan yang hampir pencen dan mempunyai anak-anak yang pandai dalam pelajaran. Tiga daripada lima anak mereka sedang belajar di Universiti tempatan.

Anak pertama dan kedua mendapat pinjaman PTPTN dan anak ketiga memperolehi keputusan cemerlang semasa SPM jadi beliau mendapat biasiswa dari kerajaan. Nampaknya masalah belum timbul lagi kerana semuanya mendapat penajaan.

Apabila tiba anak keempat beliau bercita-cita untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang kedoktoran, tiba masa keputusan SPM keluar, keputusannya cemerlang tetapi malangnya setelah membuat permohonan untuk melanjutkan pelajaran di IPTA, beliau tidak berjaya. Ini berlaku kerana persaingan terlampau sengit, pelajar cemerlang terlalu ramai berbanding dengan tempat belajar yang kurang. Kalau kita sebagai ibubapa pelajar tadi adakah kita sanggup melihat anak kita yang cemerlang dalam SPM duduk dirumah, tentu tidak kan. Untuk pengetahuan anda kos untuk menjadi Dr adalah ratusan ribu jika belajar di oversea.

Sebagai ikhtiar ibubapanya telah menghantar ke Indonesia dengan perbelanjaan sendiri sebanyak RM80,000 untuk bayaran perdaftaraan. Rasa-rasa mana nak cekau duit sebanyak itu….keluarga tersebut terpaksa mengadai balik rumah mereka yang dah habis bayar demi masa depan anak. Disebabkan terlalu mengharap IPTA dan PTPTN mereka tidak pernah terfikir untuk membuat tabungan pelajaran untuk anak-anak pada masa dahulu.

Bayangkan kalau kes tersebut terjadi pada diri kita, ada ke rumah untuk kita gadai, harta-harta lain yang boleh kita jual. Kalau ada pun takkan nak gadai atau jual sebab kita masih ada masa untuk merancang tabung pelajaran anak kita pada masa sekarang ni. Jadi jangan berlengah lagi, mulakan tabungan sekarang.

Pelan Harmoni (Terbaru)


PELAN HARMONI (PELAN SIMPANAN BERSERTA PERLINDUNGAN)

Pelan Simpanan Yang Memenuhi Aspirasi Anda

Impian Masa Hadapan Lebih Cerah

Setiap individu mempunyai impian kereta mewah, rumah besar mahupun kehidupan yang selesa selepas bersara.
Sebagai individu yang bijak anda tahu kepentingan menyimpan untuk masa hadapan yang lebih baik.
Namun ada kalanya sesuatu yang tidak diduga berlaku dan simpanan anda perlu digunakan semasa kecemasan.

Mengikut statistik, 19 orang dimasukkan ke hospital setiap jam; dianggarkan 1,035 orang meninggal dunia akibat kemalangan setiap tahun dan ramai yang tiada simpanan untuk kegunaan waris ataupun ahli keluarga. Berusahalah untuk masa hadapan yang lebih cerah kerana hidup ini penuh dengan ketidakpastian.

Dengan Harmoni, anda boleh menarik nafas lega memandangkan kewangan mereka yang anda sayangi terjamin.


Pengenalan Pelan

Merupakan pelan Takaful Keluarga yang menawarkan PERLINDUNGAN beserta SIMPANAN untuk masa hadapan. Pelan ini ditawarkan kepada individu yang berumur 14 hari hingga 60 tahun sahaja.

Peserta yang menyertai pelan ini akan mendapat manfaat bila berlaku kematian atau keilatan kekal dan menyeluruh di sepanjang tempoh penyertaan sehingga tamat tempoh sijil.

Pelan ini sesuai kepada sesiapa sahaja yang memerlukan perlindungan takaful dan dalam masa yang sama mereka juga memerlukan simpanan untuk masa hadapan.

Pengeluaran Dana Pelaburan Peserta ( DPP ) Peserta dibenar mengeluarkan wang dari Akaun Simpanan pada bila bila masa dan tidak dikenakan sebarang kadar faedah ( tertakluk kepada terma dan syarat ) Untuk maklumat lanjut,
sila hubungi Advisor anda di SINI..

* Permohonan hendaklah dibuat oleh peserta dengan mengisi Borang Pengeluaran. Borang ini boleh didapati disemua Pejabat Cawangan yang berhampiaran dengan anda atau dari perunding kami yang berdekatan dengan anda

Manfaat asas untuk pelan ini adalah seperti berikut:

Manfaat kematian
Manfaat keilatan kekal dan menyeluruh
Pulangan tunai ketika sijil matang


Manfaat kematian

Termasuk kematian atas sebab penyakit atau kemalangan


Manfaat keilatan kekal dan menyeluruh

Keilatan disebabkan oleh kecederaan tubuh yang menghalang orang yang dilindungi daripada melakukan sebarang urusniaga atau pekerjaan atau melakukan sebarang kerja untuk mendapatkan upah, pampasan, atau untung dengan syarat keilatan tersebut mestilah berterusan tanpa sebarang gangguan untuk tempoh tidak kurang dari enam bulan
Hilang keseluruhan penglihatan pada kedua belah mata, atau hilang/putus kedua belah tangan pada/atas pergelangan tangan; atau hilang/putus kedua belah kaki pada/atas buku lali, atau hilang/putus satu tangan pada/atas pergelangan tangan dan hilang/putus satu kaki pada/atas buku lali, atau kehilangan penglihatan untuk sebelah mata yang tidak dapat dipulihkan dan hilang/putus keseluruhan lengan/kaki pada/atas pergelangan tangan atau buku lali.

Untuk pelan juvana, hanya ( 2 ) sahaja terpakai

Pembayaran Manfaat kematian

Manfaat kematian biasa dan kematian akibat kemalangan

Jumlah perlindungan + Dana Pelaburan Peserta + Mudharabah dari Akaun Peserta Manfaat keilatan kekal dan menyeluruh

Manfaat keilatan kekal dan menyeluruh

Manfaat keilatan kekal dan menyeluruh akibat penyakit dan kemalangan( sebelum usia 65 tahun )

Manfaat ini akan dibayar sekaligus jika manfaat perlindungan bersamaan atau kurang dari satu juta
( Rm 1,000,000 ) kepada peserta .

Manfaat hanya akan dibayar secara berperingkat jika jumlah perlindungan melebihi Rm 200,000
dan umur peserta akan datang kurang dari 5 tahun seperti berikut:-

Tahun pertama : 20% dari jumlah perlindungan + Jumlah Simpanan Peserta + Keuntungan dari Akaun Peserta

Tahun kedua : 40% dari Jumlah perlindungan

Tahun ketiga : 60% dari jumlah perlindungan

Tahun keempat : 80% dari jumlah perlindungan

Tahun kelima : 100% dari jumlah perlindungan


Tambahkan Nilai Pelan Anda

Sekiranya anda ingin menambah nilai Harmoni dengan lebih perlindungan dan kelonggaran,
hanya pilih antara Rider (manfaat tambahan) berikut :-

1. Rider Manfaat Kematian dan kecacatan Akibat Kemalangan.
2. Rider Penyakit Kritikal
3. Rider Pengecualian Sumbangan untuk Penyakit Kritikal.
4. Rider Pendecualian Sumbangan untuk Kematian dan Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal.
5. Rider Manfaat Tunai Hospital.
6. Rider Medical Card                                                                                                                           7. Rider Indemniti Kemalangan.
8. Rider Manfaat Pendapatan Keluarga.
9. Rider Bertempoh.
10. Rider Tambah Nilai Tetap.


Kaedah Pembayaran seperti berikut :

* Bulanan, Suku Tahunan, Setengah Tahunan atau Tahunan.

Pembahagian Yuran prestasi dan insentif.

* Yuran Prestasi daripada lebihan di dalam Dana Risiko Peserta.

Peserta : 50%
eTiQa Takaful : 50%

* Yuran Insentif daripada keuntungan Pelaburan di dalam Dana Pelaburan Peserta.

Peserta : 85%
eTiQa Takaful : 15%


Siapa yang boleh menyertai:

a)Umur dari berusia 14 hari hingga 60 tahun.
b) Sumbangan minima RM70.00 sebulan.

Khamis, 5 September 2013

Anda SIHAT, Anda Dapat DUIT ??

Berita Baik !! bagi pengemar individu ataupun peserta yang inginkan pulangan di samping dilindungi sepanjang tempoh polisi Takaful berjalan...


Kini eTiQa Takaful meneruskan komitmennya untuk membantu rakyat Malaysia dengan melancarkan Pelan Perlindungan Terbaru... KARISMA.

Apakah KARISMA?

KARISMA adalah Pelan yang menyediakan Perlindungan iaitu harta serta-merta kepada keluarga tersayang jika musibah berlaku kepada ANDA. Selain itu, KARISMA juga menyediakan Pulangan sehingga sepuluh peratus ( 10% ) setiap dua ( 2 ) Tahun kepada ANDA jika  ANDA sihat. Sebagai tambahan, ANDA juga akan menikmati wang simpanan ANDA jika ANDA masih sihat selepas tamat tempoh sijil.

Mengapa pilih nak dapat DUIT POKET hanya ketika SAKIT masuk HOSPITAL?...sedangkan anda akan dapat DUIT POKET RM2,000 setiap 2 tahun ketika SIHAT BEKERJA yang diberi oleh eTiQa Takaful? 


Jangan Berlegah lagi Hubungi saya sekarang untuk mendapatkannya... :)

Haslinda - 013 9844809

BAGAIMANA UNTUK MENGELAK MEMBAYAR BIL HOSPITAL

Rahsia Terkini Mengelak Membayar Bil Hospital Yang Terlalu Mahal Telah Terbongkar

Hanya dengan memiliki KAD PERUBATAN Etiqa Takaful Bhd anda layak menerima perubatan hospital tanpa caj bayaran...

100% bil hospital adalah ditanggung oleh pihak Takaful

Kini anda tidak perlu risau lagi..

Tiada lagi CAJ bayaran Ko-TAKAFUL yang dikenakan sebelum ini 

Dengan meiliki KAD PERUBATAN TERBARU... 

ULTRA MEDIC RIDER mengantikan kad perubatan dahulu anda akan menikmati manfaat utama yang unik seperti berikut:


  • Pendapat Perubatan Kedua

  • Kami memahami bahawa apabila anda sedang berusaha untuk mendapat rawatan disebabkan oleh sesuatu penyakit, pendapat perubatan kedua adalah amat berharga di samping memberikan anda ketenangan fikiran. Keistimewaan manfaat Pendapat Perubatan Kedua ialah laporan perubatan anda boleh dihantar ke mana-mana institusi perubatan terkenal di dunia yang disyorkan, khusus bagi diagnosis anda. Dengan cara ini, anda menerima pendapat daripada pakar-pakar perubatan yang terkemuka di dunia untuk dibandingkan dengan diagnosis anda yang sedia ada.

    Setelah menyerahkan fail-fail perubatan anda kepada pusat perubatan pilihan, anda dan pakar perubatan anda akan menerima satu salinan pendapat perubatan kedua yang lengkap. Bersama-sama dengan pakar perubatan, anda kemudiannya boleh menentukan rawatan yang terbaik untuk memulihkan penyakit anda.

  • Rawatan Perubatan Alternatif

  • Anda boleh mendapatkan rawatan perubatan alternatif selepas dibenarkan keluar dari hospital, seperti Kiropraktor, Kiropodi, Homeopati, Osteopati atau Akupunktur daripada pengamal yang mempunyai lesen di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia.

  • Bonus Tanpa Tuntutan

  • Oleh kerana anda menjaga kesihatan dengan baik, kami berikan anda 5% daripada premium rider, dengan syarat tiada tuntutan dibuat pada tahun sebelumnya, bermula dari tahun ketiga (ke-3) polisi dan tahun berikutnya.

  • Tiada Ko-Takaful

  • Semasa anda beransur pulih setelah menjalani rawatan, anda tidak perlu bimbang lagi. Di Etiqa, kami membayar untuk rawatan anda mengikut pelan yang telah dibeli secara penuh supaya anda boleh fokus terhadap pemulihan dan bukannya bimbang tentang pelunasan bil-bil perubatan.

  • Kad Kemasukan Hospital Tanpa Tunai
      Ultra Medic Rider disertakan dengan satu kad kemasukan hospital tanpa tunai yang memberikan
      anda akses kepada manfaat dalam pelan ini. Ia bukan hanya satu kemudahan untuk menggunakan
      kad semua-dalam-satu, malah ia juga memastikan proses daftar masuk dan keluar di hospital 
      panel kami berjalan dengan baik, tanpa tunai dan tiada masalah.






Kos rawatan penyakit kronik dapat dikurangkan jika pesakit membeli polisi Takaful khusus untuk tujuan perubatan..
                                             Fikir-fikirkanlah

* Ramai orang tidak perasan bahawa mereka memerlukan simpanan kos rawatan perubatan 
  sebelum dan selepas bersara.
* Ramai beranggapan bahawa hospital kerajaan masih mampu untuk menanggung kos
  rawatan perubatan mereka.
* Kenapa harus kita gunakan wang simpanan untuk dibayar kepada hospital? Walhal kita
  telahpun menyimpannya bertahun lamanya?.


Selasa, 1 Januari 2013

PENGURUSAN HARTA


Lindungi Harta dengan eTiQa Takaful

Ramai di kalangan KITA kurang jelas bahawa harta yg banyak, jika tidak di uruskan secara betul akan menyusahkan waris yg di tinggalkan..

Tahukah KITA setelah berlakunya kematian, semua harta atas nama KITA akan dibekukan spt ASB, KWSP, TABUNG HAJI, TUNAI DIBANK dan lain2 lagi jika melebihi RM10K..

Cuba bayangkan pada ketika ini bagaimana waris ingin teruskan kehidupan sementara urusan2 diatas dapat diselesaikan dalam masa 1 thn atau 2 tahun..

 
Hanya POLISI ETIQA sahaja tidak tertakluk kepada Akta HARTA PUSAKA walaupun nilai tunai melebihi RM100K..


Wang ini lah yg dapat membantu keluarga KITA sementara duit2 lain di uruskan..